letop-letop | [l«.top.l«.top] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan. | Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek. | [nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/] | Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik. |
mengano | [m«.NA.no] | kata adjektif | kemaruk terhadap makanan misalnya ketika berbuka puasa atau selepas sembuh daripada sakit. | Lepas baek saket, mule le mengano. | [l«.pAs bAe/ sA.ket mu.l« l« m«.NA.no] | Selepas baik sakit, mulalah mengano. |
ayon | [A.jon] | kata tugas | tempoh masa yang agak panjang dalam satu hari. | Dari tengah hari ayon ke petang die tu mule le saket. | [dA.Äi t«.NAh hA.Äi A.jon k« p«.tAN di.j« tu mu.l« l« di.y« sA.ket] | Dari tengah hari hingga ke petang itu dia mulalah sakit. |
lesong tunggal | [l«.soN tuN.gAl] | | lesung besar yang dibuat daripada batang pokok seperti batang pokok cempedak. | Tumbok le pakai lesong tunggal tu. | [tum.bo/ l« pA.kAj l«.soN tuN.gAl tu] | Tumbuklah pakai lesung biasa itu. |
lese | [l«.se] | kata kerja | membaling benda-benda yang tidak dikehendaki dengan tujuan untuk membuang. | Lese aje le pot susu kosong tu kat belakang rumah, buat semak aje. | [l«.se A.dZ« l« kAt b«.lA.kAN Äu.mAh bu.wAt s«.mA/ A.dZ«] | Baling sahajalah di belakang rumah, buat semak sahaja. |
lendat | [l«n.dAt] | kata kerja | bersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah. | Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu. | [A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu] | Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu. |
leboh | [l«.boh] | kata kerja | dilumuri (dalam konteks negatif). | Jalan tu lecak, abes kasot aku leboh kene lumpo. | [dZA.lAn tu l«.tSA/ A.bes kA.sot A.ku l«.boh k«.n« lum.po] | Jalan itu lecak, habis kasut aku berlumuran lumpur. |
naek padi | [nAe/ pA.di] | | proses menuai dan membawa padi naik dari sawah. | Dah dekat nak naek padi, kene le siap lesong. | [dAh d«.kAt nA/ nAe/ pA.di k«.n« l« si.jAp l«.soN] | Sudah dekat nak naik padi, kenalah siapkan lesong. |
lopak-lopak | [lo.pA/.lo.pA/] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan. | Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude. | [nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«] | Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda. |
ngelebo | [N«.l«.bo] | kata adjektif | melecur sedikit akibat kena benda-benda panas atau api. | Ngelebo tangan aku tepecek minyak panas. | [N«.l«.bo tA.NAn A.ku t«.p«.tSe/ mi.øA/ pA.nAs] | Melecur tangan aku terpercik minyak panas. |