Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : 1. jantan (lebih halus), lwn perem­puan: ia gadis yg tidak mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian, pemberani: hatinya memang ~, patah sayap bertongkat­kan paruh, namun kehendak diteruskan juga; kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat­sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketang­kasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjuk­kan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : , lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laki-laki

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
culek arang[tSu.le/ A.ÄAN] amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai.Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die.[t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«]Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya.
alakulihal[A.lA.ku.li.hAl]kata sifatberkenaan kehidupan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya.Anak aku ramai, due-due tak keje, kalau laki aku keje alakulihal juge.[A.nA/ A.ku ÄA.mAj du.w«.du.w« tA/ k«.dZ« kA.lAw lA.ki A.ku k«.dZ« A.lA.ku.li.hAl dZu.g«]Anak aku ramai, kedua-dua kami tidak bekerja, kalau suami aku kerja alakulihal juga.

Kembali ke atas