lampok | [lAm.po/] | kata nama | kepingan batu yang dipasang sebagai pengalas batu tiang; papan slipe batu. | Bile kau pasang batu tiang, jangan lupe letak dulu lampok, nanti tanah tak rate. | [bi.l« kAw pA.sAN bA.tu ti.jAN dZA.NAn lu.p« l«.tA/ du.lu lAm.po/ nAn.ti tA.nAh tA/ ÄA.t«] | Bila engkau pasang batu tiang, jangan lupa letak dulu papan selipar batu, nanti tanah tak rata. |
komkom | [kom.kom] | kata adjektif | berkenaan permukaan yang melengkung ke dalam seperti permukaan mangkuk. | Makan sop dalam mangkok kan senang, komkom. | [mA.kA sop dA.lAm mAN.ko/ kAn s«.nAN kom.kom] | Makan sup dalam mangkuk senang kerana permukaannya melengkung. |
carang | [tSA.ÄAN] | kata nama | kesan torehan pada pokok getah. | Malam tadi ujan, carang basah, tak berasap le dapo aku. | [mA.lAm tA.di u.dZAn tSA.ÄAN bA.sAh tA/ b«.ÄA.sAp l« dA.po A.ku] | Malam tadi hujan, carang basah, tidak berasaplah dapur aku. |
encap | [«n.tSAp] | kata kerja | menggerakkan sesuatu (turun naik) dalam air. | Ae dalam besen tu bereseh, encap aje daon kucai tu. | [Ae dA.lAm be.sen tu b«.Ä«.seh «n.tSAp A.dZ« dAon ku.tSAj tu] | Air di dalam besen itu bersih, encap sahaja daun kucai itu. |
berinai curi | [b«.Äi.nAj tSu.Äi] | | pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran. | Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi. | [s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi] | Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi. |
melarah | [m«.lA.ÄAh] | kata kerja | gugur dalam kuantiti yang banyak. | Malam tadi ribot kuat, abes melarah buah kuini aku belakang rumah. | : [mA.lAm tA.di Äi.bot ku.wAt A.bes m«.lA.ÄAh bu.wAh ku.i.ni A.ku b«.lA.kAN Äu.mAh] | Malam tadi ribut kuat, habis luruh buah kuini aku di belakang rumah. |
bulu gombak | [bu.lu gom.bA/] | | bulu anjing yang tebal dan gebu | Malam aku nampak ade anjeng bulu gombak kat belakang rumah engkau. | [mA.lAm A.ku nAm.pA/ A.d« An.dZeN bu.lu gom.bA/ kAt b«.lA.kAN Äu.mAh «N.kAw] | Semalam aku nampak ada anjing berbulu tebal dan gebu di belakang rumah engkau. |
orang luan | [o.ÄAN lu.wAn] | | pekerja yang mengikut arahan tekong dalam perahu, sampan atau bot nelayan; awak perahu. | Ae dah penoh dalam sampan, suroh orang luan buangkan ae. | [Ae dAh p«.noh dA.lAm sAm.pAn su.Äoh o.ÄAN lu.wAn bu.wAN.kAn Ae] | Air dah penuh dalam sampan, suruh pekerja buangkan air. |
mencegot | [m«n.tS«.got] | kata adjektif | berkenaan sakit yang berdenyut, contohnya bisul. | Satu malam aku tak boleh tido, aku punye bisol bukan maen mencegot. | [sA.tu mA.lAm A.ku tA/ bo.leh ti.do A.ku pu.ø« bi.sol bu.kAn mAen m«n.tS«.got] | Semalam aku tidak boleh tidur kerana bisulku bukan main berdenyut. |
barek | [bA.Äe/] | kata kerja | selongkar; kembo. | Abes kaen baju dalam lemari kena barek, tak lain adek engkau punye keje. | [A.bes kAen bA.dZu dA.lAm l«.mA.Äi k«.n« bA.Äe/ tA/ lAen A.de/ «N.kAw pu.ø« k«.dZ«] | Habis kain baju di dalam almari kena selongkar, tak lain perbuatan adik engkau. |