angen gadai | [A.Nen gA.dAj] | | angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut. | Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang. | [nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN] | Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang. |
udang bodoh | [u.dAN bo.doh] | | udang yang terdapat pada musim angin barat laut, berkaki hijau dan badannya seperti udang kertas. Udang ini tidak boleh melenting seperti udang lain; udang barat. | | | |
udang barat | [u.dAN bA.ÄAt] | | udang yang terdapat pada musim angin barat laut, berkaki hijau dan badannya seperti udang kertas. Udang ini tidak boleh melenting seperti udang lain; udang bodoh. | | | |
menagan | [m«.nA.gAn] | kata kerja | memasang jaring di laut dan membiarkannya dalam jangka masa yang panjang. | Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah menagan kat laot carik rezeki. | : [pA.gi.pA.gi lA.gi pA/ k«.s«p dAh m«.nA.gAn kAt lAot tSA.Äi/ Ä«.z«.ki] | Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah memasang jaring di laut mencari rezeki. |
pokok angen | [po.ko/ A.Nen] | | awan yang menyerupai pokok yang rendang yang kelihatan bertingkat-tingkat di kaki langit, menandakan kemungkinan hujan akan turun. | Aku serebe salah nak ke laot, nampak pokok angen. | [A.ku s«.Ä«.b« sA.lAh nA/ k« lAot nAm.pA/ po.ko/ A.Nen] | Aku serba salah nak ke laut, nampak pokok angin |
kelontang | [k«.lon.tAN] | kata nama | alat untuk menandakan adanya jaring hanyut yang dipasang di sesebuah kawasan laut pada waktu malam. Kelontang berupa rakit kecil yang mempunyai papan dan lampu pada tiang yang tegak di atas dan dihubungkan pada pelampung jaring tersebut. Jikalau waktu malam, dipasang lampu dan waktu siang dipasang bendera. | Pasang le bendere baru nampak kelontang kite. | [pA.sAN l« b«n.de.Ä« bA.Äu nAm.pA/ k«.lon.tAN ki.t«] | Pasanglah bendera baru nampak kelontang kita. |
kayu ciyau | [kA.ju tSi.jAw] | | pengayuh besar dan panjang yang dipasang pada hadapan bot untuk mengawal arahnya semasa merentangkan pukat di laut. | Kayu ciyau yang kau gune biau kuat. | [kA.ju tSi.jAw jAN kAw gu.n« bi,jAw ku.wAt] | Kayu ciyaw yang kau guna biar kuat. |
ibu ambai | [i.bu Am.bAj] | | pondok nelayan berpelantar yang tiangnya dipasakkan ke dasar laut digunakan untuk menarik jaring yang berisi ikan. | Bile nak siapkan ibu ambai, nanti ujan basah le. | [bi.l« nA/ si.jAp.kAn i.bu Am.bAj nAn.ti u.dZAn bA.sAh l«] | Bila nak siapkan ibu ambai, nanti hujan habis basah. |
jajau | [dZA.dZAw] | kata nama | deretan kayu (biasanya kayu gelam, nibung atau bakau) yang dipasakkan rapat-rapat ke dasar laut membentuk huruf V untuk menyekat ikan yang lalu supaya masuk ke dalam jaring berkerucut. | Sebelom kau buat jajau buat le ibu ambai dulu. | [s«.b«.lom kAw bu.wAt dZA.dZAw bu.wAt l« i.bu Am.bAj du.lu] | Sebelum kau buat jajau buatlah ibu ambai dulu |
temiko | [t«.mi.ko] | kata nama | bekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak. | Tak payah le buang temiko lagi, bedose. | [tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«] | Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa. |