Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rut] | لوروت

Definisi : ; melurut 1. memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah; ~ daun nipah; 2. melucutkan dgn jari (cincin dll); 3. memicit dgn jari utk melicinkan (kertas dll); 4. menceraikan biji-bijian drpd tangkainya: ~ padi utk makanan burung; 5. ki memetik hingga habis (buah-buahan); 6. ark mengopek (mengelupaskan) daging drpd tulang: sungguh­pun tiada bergigi, dilurutnya daging ayam rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, ting­gal tulang juga; 7. mengalir (air sungai dll): spt air ~ atau mengalir ke laut; 8. berguling (pd bidang yg landai dll): sebiji guli ~ ke bawah tempat yg curam; lurutan perihal melurut; ~ bukan jepitan diambil banyak sekali (tidak diambil satu per satu tetapi dilurut); pelurut alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd dawai supaya penyambungan dapat dibuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rut] | لوروت

Definisi : luruh, gugur; ®rurut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rut] | لوروت

Definisi : ; melurut 1 memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah. 2 menanggalkan atau melucutkan cincin dll dgn jari. 3 menekan dgn jari utk melicinkan sesuatu: ~ kertas rokok. 4 menceraikan biji-bijian atau daun dr tangkainya: ~ padi utk makanan ayam. 5 memetik buah-buahan hingga habis. 6 mengalir (bkn air sungai): Air sungai ~ hingga ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurut
Kata Terbitan : melurut,

Puisi
 

Padi lurut selasih lurut,
     Bawa belayar tanah seberang;
Budi turut kasih pun turut,
     Jangan harap hatilah orang.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pelurut[p«.lu.Äut]kata namasejenis alat biasanya diperbuat daripada buluh yang digunakan untuk melurut daun anyaman, seperti daun mengkuang dan pandan, supaya menjadi rata dan lembut.Bak sini pelurut tu, mak nak lurut mengkuang.[bA/ si.ni p«.lu.Äut tu mA/ nA/ lu.Äut m«N.ku.wAN]Berikan pelurut tu mak nak lurut mengkuang.

Kembali ke atas