Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
masen laot[mA.sen lAot] masakan yang terlalu masin.Kau ni kalau masak rase macam masin laot.[kAw ni kAlAw mA.sA/ ÄA.s« mA.tSAm mA.sen lAot]Engkau kalau masak, terasa sangat masin.
mencoho[m«n.tSo.ho]kata kerjaterberak cair, mencirit.Makan lagi macam-macam, kan dah mencoho.[mA.kAn lA.gi mA.tSAm.mA.tSAm kAn dAh m«n.tSo.ho]Makan lagi macam-macam, sekarang dah mencoho.
kendarat[k«n.dA.ÄAt]kata namakumpulan petugas wanita yang menghidang, mengatur dan menjaga makanan dan minuman serta memberikan bunga telur kepada jemputan.Masa majeles nanti kendarat pakai le baju seragam.[mA.sA mA.j«les nAn.ti k«n.dA.ÄAt pA.kAj l« bA.dZu s«.ÄA.gAm]Masa majlis nanti kendarat pakailah baju seragam
bekemayau[b«.k«.mA.jAw]kata adjektifberpinar-pinar.Bekemayau pulak mate aku ni tengok lampu di Kuale Lumpo.[b«.k«.mA.jAw pu.lA/ mA.t« A.ku ni te.No/ lAm.pu di ku.A.l« lum.po]Berpinar-pinar pulak mata aku ini tengok lampu di Kuala Lumpur.
merengkai[m«.Ä«N.kAj]kata adjektifkurus dan tidak bermaya.Macam mane badan tak merengkai, ari-ari isap dadah.[mA.tSAm mA.n« bA.dAn tA/ m«.Ä«N.kAj A.Äi.A.Äi i.sAp dA.dAh]Macam mana badan tidak merengkai, hari-hari hisap dadah.
sapan[sA.pAn]kata adjektifrosak atau jahanam; telokopBaru maren mak belikan, dah abes sapan maenan ni kau kejekan.[bA.Äu mA.Äen mA/ b«.li.kAn dAh A.bes sA.pAn mAen.nAn ni kAw k«.dZ«.kAn]Baru kelmarin mak belikan, dah habis rosak mainan ini kau kerjakan.
tali angen[tA.li A.Nen] benang halus yang diikat dalam rangka layang-layang untuk menegangkan kertas layang-layang.Kau tak pasang tali angin, macam mana layang-layang kau nak senang naek.[kAw tA/ pA.sAN tA.li A.Nen mA.tSAm mA.nA lA.jAN.lA.jAN kAw nA/ s«.nAN nAe/]Engkau tidak pasang tali angin, macam mana layang-layang engkau hendak senang dinaikkan ke udara.
kayu ibu[kA.ju i.bu] kayu sebesar ibu jari kaki dan berukuran kira-kira sekaki yang digunakan dalam permainan konda kondi.Ape le kayu ibu kau ni bengkok. Macam mane nak pukol?[A.p« l« kA.ju i.bu kAw ni bEN.ko/ mA.tSAm mA.n« nA/ pu.kol]Apalah kayu ibu engkau ini bengkok. Bagaimana hendak pukul?
semangat rumah[s«.mA.NAt Äu.mAh] upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumahKau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom?[kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom]Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum?
maton[mA.ton]kata namabuah manggis masak yang kulitnya menjadi keras dan tidak boleh dikopek lagi. Biasanya setelah lama dipetik atau jatuh terhempas.Mangges ni dah maton pulak, tak dapat nak rase.[mAN.ges ni dAh mA.ton pu.lA/ tA/ dA.pAt nA/ ÄA.s«]Buah manggis masak ini maton pula, tak dapat nak rasa.
12345678910

Kembali ke atas