Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[magh.rib] | مغرب

Definisi : Ar 1. tempat arah matahari terbe­nam, barat: lalu dilempar oleh Selampit se-belah badannya ke masyrik dan sebelah badannya ke ~; 2. = waktu ~ waktu terbenam matahari sehingga hilang cahaya merah di ufuk barat; sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu maghrib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[magh.rib] | مغرب

Definisi : 1 tempat arah matahari masuk; barat. 2 = waktu ~ waktu yg bermula sejurus selepas matahari terbenam sehingga hilang cahaya merah di kaki langit (± dr pukul 7.15 hingga pukul 8.15 malam): sembahyang ~ sembahyang ketika maghrib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maghrib


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?

Kembali ke atas