| pancah | [pAn.tSAh] | kata kerja | mencantas belukar atau semak sekadar untuk laluan. | Abang dah pacah semak kat belakang rumah, senang nak pegi kebon. | [A.bAN dAh pAn.tSAh s«.mA/ kAt b«.lA.kAN Äu.mAh s«.nAN nA/ p«.gi k«.bon ] | Abang dah tebas semak di belakang rumah, senang nak pergi kebun. |
| lese | [l«.se] | kata kerja | membaling benda-benda yang tidak dikehendaki dengan tujuan untuk membuang. | Lese aje le pot susu kosong tu kat belakang rumah, buat semak aje. | [l«.se A.dZ« l« kAt b«.lA.kAN Äu.mAh bu.wAt s«.mA/ A.dZ«] | Baling sahajalah di belakang rumah, buat semak sahaja. |
| matikan ae | [mA.ti.kAn Ae] | | tidak pergi ke majlis kenduri atau sesuatu tempat. | Keje kawen rumah die, aku matikan ae aje. | [k«.dZ« kA.wen Äu.mAh di.j« A.ku mA.ti.kAn Ae A.dZ«] | Majlis perkahwinan di rumah dia, aku tidak pergi. |
| melawan ari | [m«.lA.wAn A.Äi] | | peringkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang sudah mulai masak. | Pokok kepaye yang kau tanam kat belakang rumah dulu dah bebuah dah, tengah melawan ari. | [po.ko/ k«.pA.j« jAN kAw tA.nAm kAt b«.lA.kAN Äu.mAh du.lu dAh b«.bu.wAh dAh t«.NAh m«.lA.wAn A.Äi] | Pokok betik yang engkau tanam di belakang rumah dahulu sudah berbuah, sudah mulai masak. |
| bulu gombak | [bu.lu gom.bA/] | | bulu anjing yang tebal dan gebu | Malam aku nampak ade anjeng bulu gombak kat belakang rumah engkau. | [mA.lAm A.ku nAm.pA/ A.d« An.dZeN bu.lu gom.bA/ kAt b«.lA.kAN Äu.mAh «N.kAw] | Semalam aku nampak ada anjing berbulu tebal dan gebu di belakang rumah engkau. |
| melarah | [m«.lA.ÄAh] | kata kerja | gugur dalam kuantiti yang banyak. | Malam tadi ribot kuat, abes melarah buah kuini aku belakang rumah. | : [mA.lAm tA.di Äi.bot ku.wAt A.bes m«.lA.ÄAh bu.wAh ku.i.ni A.ku b«.lA.kAN Äu.mAh] | Malam tadi ribut kuat, habis luruh buah kuini aku di belakang rumah. |