Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malam-malam

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
carang[tSA.ÄAN]kata namakesan torehan pada pokok getah.Malam tadi ujan, carang basah, tak berasap le dapo aku.[mA.lAm tA.di u.dZAn tSA.ÄAN bA.sAh tA/ b«.ÄA.sAp l« dA.po A.ku]Malam tadi hujan, carang basah, tidak berasaplah dapur aku.
melarah[m«.lA.ÄAh]kata kerjagugur dalam kuantiti yang banyak.Malam tadi ribot kuat, abes melarah buah kuini aku belakang rumah.: [mA.lAm tA.di Äi.bot ku.wAt A.bes m«.lA.ÄAh bu.wAh ku.i.ni A.ku b«.lA.kAN Äu.mAh]Malam tadi ribut kuat, habis luruh buah kuini aku di belakang rumah.
betare mude[b«.tA.Ä« mu.d«] keadaan cuaca sejuk, berangin sepoi-sepoi bercampur hujan pada hujung tahun. Biasanya pada bulan Oktober hingga Disember.Musem betare mude ni, lagi malam, lagi sejuk.[mu.sem b«.tA.Ä« mu.d« ni lA.gi mA.lAm lA.gi s«.dZu/]Pada musim betare muda ini, waktu malam lebih sejuk.
sekeleng biawak[s«.ke.leN bi.jA.wA/] penyakit urat tersimpul, simpul biawak.Punye le saket, aku kene sekeleng biawak malam tadi.[pu.ø « l« sA.ket A.ku k«.n« s«.ke.leN bi.jA.wA/ mA.lAm tA.di]Punyalah sakit, akukena simpul biawak malam tadi.
bulu gombak[bu.lu gom.bA/] bulu anjing yang tebal dan gebuMalam aku nampak ade anjeng bulu gombak kat belakang rumah engkau.[mA.lAm A.ku nAm.pA/ A.d« An.dZeN bu.lu gom.bA/ kAt b«.lA.kAN Äu.mAh «N.kAw]Semalam aku nampak ada anjing berbulu tebal dan gebu di belakang rumah engkau.
mencegot[m«n.tS«.got]kata adjektifberkenaan sakit yang berdenyut, contohnya bisul.Satu malam aku tak boleh tido, aku punye bisol bukan maen mencegot.[sA.tu mA.lAm A.ku tA/ bo.leh ti.do A.ku pu.ø« bi.sol bu.kAn mAen m«n.tS«.got]Semalam aku tidak boleh tidur kerana bisulku bukan main berdenyut.
kemos[k«.mos]kata namasejenis serangga kecil yang mengerumuni sumber cahaya pada waktu malam.   
kelontang[k«.lon.tAN]kata namaalat untuk menandakan adanya jaring hanyut yang dipasang di sesebuah kawasan laut pada waktu malam. Kelontang berupa rakit kecil yang mempunyai papan dan lampu pada tiang yang tegak di atas dan dihubungkan pada pelampung jaring tersebut. Jikalau waktu malam, dipasang lampu dan waktu siang dipasang bendera.Pasang le bendere baru nampak kelontang kite.[pA.sAN l« b«n.de.Ä« bA.Äu nAm.pA/ k«.lon.tAN ki.t«]Pasanglah bendera baru nampak kelontang kita.

Kembali ke atas