Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matanya

Puisi
 

Pisau kecil baik dikilir,
     Supaya deras matanya tajam;
Hujan di hulu hujan di hilir,
     Gunung tinggi bilakah karam?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
serampang udang[s«.ÄAm.pAN u.dAN] sejenis alat menangkap udang galah yang matanya diperbuat daripada besi bercabang tiga.Aku dapat udang ni gune serampang udang ni le.[A.ku dA.pAt u.dAN ni gu.n« s«.ÄAm.pAN u.dAN ni l«]Aku dapat udang ini menggunakan serampang udang inilah.
pisau sorong[pi.sAw so.ÄoN] sejenis pisau menoreh pokok getah yang matanya di sebelah atas dan digunakan secara menolak dari pangkal ke hujung carang (bekas torehan).Carang tengah paras pinggang sedap le pakai pisau sorong.[tSA.ÄAN t«.NAh pA.ÄAs piN.gAN s«.dAp l« pA.kAj pi.sAw so.ÄoN]Bekas torehan berada pada aras pinggang, sesuailah pakai pisau sorong
terejon sawan[t«.Ä«.dZon sA.wAn] penyakit sawan pada kanak-kanak dengan keadaan bebola matanya terbolak-balik dipercayai akibat disampuk.Budak tu ken« terejon sawan tak, cobe panggel pak dukon.[bu.dA/ tu k«.n« t«Ä«.dZon sA.wAn tA/ tSo.b« pAN.gel pA/ du.kon]Budak itu kena terejon sawan akibat sampuk tak?
langgai[lAN.gAj]kata namaalat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap.Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau.[gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw]: Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau.
pikas[pi.kAs]kata namaalat untuk memecah batu atau menggali tanah yang keras, bertangkai kayu dan mempunyai dua mata besi yang tajam. Salah satu matanya runcing manakala mata yang satu lagi leper dan agak tebal.Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakai le pikas, tanah tu keras.[kA.lAw nA/ tS«.pAt dZA.NAn pA.kAj tSAN.kol pA.kAj le pi.kAs tA.nAh tu k«.ÄAs]Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakailah pikas, tanah tu keras

Kembali ke atas