Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayan


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nasik penanggah[nA.si/ p«.nAN.gAh] nasi dan lauk kenduri yang dihidangkan untuk orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin sebelum tetamu datang.Ni nasik penanggah, pegi antau.[ni nA.si/ p«.nAN.gAh p«.gi An.tAw]Ini nasi penanggah, pergi hantar.
penanggah[p«.nAN.gAh]kata nama1. orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin.Semue penanggah kite beri kue dan bunge telo.[s«.mu.w« p«.nAN.gAh ki.t« b«.Äi kue dAn bu.N« t«.lo]Semua penanggah kita beri kuih dan bunga telur.
kue penanggah[kue p«.nAN.gAh] kuih-muih yang dihidangkan untuk orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin sebelum nasi penanggah dihidangkan.Yang ni kue penanggah, jangan bagi jemputan.[jAN ni kue p«.nAN.gAh dZA.NAn bA.gi dZ«m.pu.tAn]Yang ini kuih untuk penanggah sahaja, bukan untuk tetamu.

Kembali ke atas