[me.li.hat] | مليهت
Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.li.hat] | مليهت
Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)