Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jang] | ممنجڠ

Definisi : 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jang] | ممنجڠ

Definisi : 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sia[si.jA]kata namakayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak.[pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/]Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak.
mempisang[m«m.pi.sAN]kata nama1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau.[kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw]Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau.

Kembali ke atas