Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membongkar


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
selongket[s«.loN.ket]kata kerjamembongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan.Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi.[A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi]Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi.

Kembali ke atas