langgai bubu | [lAN.gAj bu.bu] | | bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut. | Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol. | [lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol] | Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul. |
lidah lopak-lopak | [li.dAh lo.pA/.lo.pA/] | | bahagian belakang pelepah pisang yang dipotong beberapa bilah tanpa putus dan dikopakkan menegak menyerupai lidah, digunakan dalam permainan lopak-lopak. | Lidah lopak-lopak kau ni siket sangat, tak banyak le bunyi die. | [li.dAh lo.pA/.lo.pA/ kAw ni si.ket sA.NAt tA/ bA.øA/ l« bu.øi di.j«] | Lidah lopak-lopak engkau ini sedikit sangat, tidak banyaklah bunyinya. |
layang-layang Melayu | [lA.jAN.lA.jAN m«.lA.ju] | | layang-layang yang tulang melintang lebih panjang daripada tulang menegak, berbentuk seakan-akan ikan pari, dan tidak mempunyai ekor. | Oh, kau buat layang-layang Melayu, patot le tak de eko! | [oh kAw bu.wAt lA.jAN.lA.jAN m«.lA.ju pA.tot l« tA/ d« e.k] | Oh, engkau buat layang-layang Melayu, patutlah tiada ekor. |
lopak-lopak | [lo.pA/.lo.pA/] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan. | Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude. | [nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«] | Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda. |