Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mematak[m«.mA.tA/]kata kerjamengambil tempat seseorang yang berhalangan atau mengisi kekosongan tempat dalam perahu untuk pergi menangkap ikan.Sape nak mematak aku besok, aku nak pegi panggel.[sA.p« nA/ m«.mA.tA/ A.ku be.so/ A.ku nA/ p«.gi pAN.gel]Siapa nak mematak aku besok, aku nak pergi panggil.
cakap begak-begak[tSA.kAp b«.gA/.b«.gA/] berhujah secara berterus-terang dengan tidak mengambil kira situasi.Aku tak kire, sedere tak sedare, aku cakap begak-begak.[A.ku tA/ ki.Ä« s«.dA.Ä« tA/ s«.dA.Ä« A.ku tSA.kAp b«.gA/.b«.gA/]Aku tidak kira, saudara atau tidak, aku cakap terus-terang.
berinai curi[b«.Äi.nAj tSu.Äi] pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran.Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi.[s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi]Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi.

Kembali ke atas