Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan hubungan jenis (bkn binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawan

Puisi
 

Lagi tinggi lagi mengawan,
     Dapat sikit batu lebah;
Abang pergi hati merawan,
     Hendak tinggal bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
paku mengawan[pA.ku m«.NA.wAn] sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek   
rumput sudu itek[Äum.put su.du i.te/] sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot tapak itek..   
rumpot tapak itek[rum.pot tA.pA/ i.te/] sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot sudu itek..   

Kembali ke atas