Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.to.si.kal] | موتوسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg di­jalankan dgn enjin; bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: dia ditembak oleh penyerang yg ~ di luar kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.to.si.kal] | موتوسيکل

Definisi : kenderaan yg beroda dua dan dijalankan oleh motor. bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: Dia bersiar-siar dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motosikal


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ngelocot[N«.lo.tSot]kata adjektifmelecur teruk akibat terkena benda-benda panas atau api.Kaki aku ngelocot kene ekzos moto.[kA.ki A.ku N«.lo.tSot k«.n« e/.zos mo.to]Kaki aku melecur terkena ekzos motosikal.
tebahai[t«.bA.hAj]kata adjektifberkenaan barang, bangunan dan lain-lain yang terbiar; tebengai.Tebahai aje moto tu kat bawah rumah, jual aje le.[t«.bA.hAj A.dZ« mo.to tu kAt bA.wAh Äu.mAh dZu.wAl A.dZ« l«]Terbiar sahaja motosikal itu di bawah rumah, jual sajalah.
sepet udang[s«.pet u.dAN] dua batang besi yang mengapit serta menyokong roda basikal atau motosikal.Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukaukan.[s«.pet u.dAN bA.si.kAl A.bAh dAh pA.tAh kAw tu.kAw.kAn]Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukarkan.

Kembali ke atas