Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesu­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka I

Puisi
 

Dari cempedak baiklah nangka,
     Nangka juga panjang tangkainya;
Dari budak baiklah janda,
     Janda juga banyak akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seorang makan cempedak (= nangka),
     semua kena getahnya.

Bermaksud :

Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mengkam[m«N.kAm]kata adjektifsakit perut sedikit.Mengkam pulak perot aku, makan nangke agaknye.[m«N.kAm pu.lA/ p«.Äot A.ku mA.kAn nAN.k« A.gA/.ø«]Sakit perut pula aku, makan nangka agaknya.
pilen[pi.len]kata kerjamengeluarkan ulas-ulas buah secara berturutan, seperti buah cempedak, nangka, dan durian.Tolong emak pilen buah cempedak ni masok bekas, kejap lagi boleh goreng.[to.loN «.mA/ pi.len bu.wAh tS«m.p«.dA/ ni mA.so/ b«.kAs k«.dZAp lA.gi bo.leh go.ÄeN]Tolong emak pilen buah cempedak ini masukkan ke dalam bekas, sekejap lagi boleh digoreng.

Kembali ke atas