angen gadai | [A.Nen gA.dAj] | | angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut. | Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang. | [nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN] | Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang. |
tali angen | [tA.li A.Nen] | | benang halus yang diikat dalam rangka layang-layang untuk menegangkan kertas layang-layang. | Kau tak pasang tali angin, macam mana layang-layang kau nak senang naek. | [kAw tA/ pA.sAN tA.li A.Nen mA.tSAm mA.nA lA.jAN.lA.jAN kAw nA/ s«.nAN nAe/] | Engkau tidak pasang tali angin, macam mana layang-layang engkau hendak senang dinaikkan ke udara. |
makan kuah kuneng | [mA.kAn ku.wAh ku.neN] | | pergi ke majlis perkahwinan; pegi panggel. | Wah, esok makan kuah kuneng le kite! | [wAh e.so/ mA.kAn ku.wAh ku.neN l« ki.t«] | Wah, esok ke majlis perkahwinanlah kita! |
pokok angen | [po.ko/ A.Nen] | | awan yang menyerupai pokok yang rendang yang kelihatan bertingkat-tingkat di kaki langit, menandakan kemungkinan hujan akan turun. | Aku serebe salah nak ke laot, nampak pokok angen. | [A.ku s«.Ä«.b« sA.lAh nA/ k« lAot nAm.pA/ po.ko/ A.Nen] | Aku serba salah nak ke laut, nampak pokok angin |
mengopes | [m«.No.pes] | kata adjektif | berkenaan budak yang degil dan tidak tahu duduk diam. | Budak ni mengopes aje le, buat peneng kepale aku. | [bu.dA/ ni m«.No.pes A.dZ« l« bu.wAt p«.neN k«.pA.l« A.ku] | Budak ini degil dan tak tahu duduk diam, buat pening kepala aku. |
buat pemelau | [bu.wAt p«.m«.lAw] | | melawak yang tidak kena pada tempatnya. | Dengan pak sedare kau tu jangan buat pemelau, nanti die naek angen baru tau. | [d«.NAn pA/ s«.dA.Ä« kAw dZA.NAn bu.wAt p«.m«.lAw nAn.ti di.j« nAe/ A.Nen bA.Äu tAu] | Dengan bapa saudara kau tu jangan nak melawak sembarangan, nanti dia naik angin, baru engkau tahu. |