menyiak | [m«.øi.jA/] | kata nama | suatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi. | Musem ni, kau dah menyiak? | [mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/] | Musim ini, engkau sudah menyiak? |
bangon nyerongkah | [bA.Non ø«.ÄoN.kAh] | | bangkit daripada baring atau tidur secara tiba-tiba. | Dengau aje bunyi mak die balek, teros bangon nyerongkah. | [d«.NAw A.dZ« bu.øi mA/ di.j« bA.le/ t«.Äos bA.Non ø«.ÄoN.kAh] | Dengar sahaja emak dia balik, terus sahaja bangkit daripada tidur. |
sajo | [sA.dZo] | kata adjektif | berkenaan laluan orang atau kenderaan yang sibuk. | Dulu tempat ni sajo, sekarang dah sunyi. | [du.lu t«m.pAt ni sA.dZo s«.kA.ÄAN dAh su.øi] | Dahulu tempat ini sibuk, sekarang sudah sunyi. |
lidah lopak-lopak | [li.dAh lo.pA/.lo.pA/] | | bahagian belakang pelepah pisang yang dipotong beberapa bilah tanpa putus dan dikopakkan menegak menyerupai lidah, digunakan dalam permainan lopak-lopak. | Lidah lopak-lopak kau ni siket sangat, tak banyak le bunyi die. | [li.dAh lo.pA/.lo.pA/ kAw ni si.ket sA.NAt tA/ bA.øA/ l« bu.øi di.j«] | Lidah lopak-lopak engkau ini sedikit sangat, tidak banyaklah bunyinya. |