tambun | [tAm.bon] | kata nama | kolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun. | Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan. | [tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn] | Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan. |
takak | [tA.kA/] | kata nama | bahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung. | Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak. | [kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/] | Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak. |