tepek | [te.pe/] | kata kerja | meleperkan sesuatu dengan tapak tangan. | Getah kau dah beku, dah boleh tepek ni. | [g«.tAh kAw dAh b«.ku dAh bo.leh te.pe/ ni] | Getah engkau sudah beku, sudah boleh ditekan dengan tapak tangan. |
pesak daon buloh | [pe.sA/ dAon bu.loh] | | pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung dengan bahagian pinggang, khususnya untuk baju kebaya. | Baju kebaye aku ni jangan lupe buat pesak daon buloh. | [bA.dZu k«.bA.j« A.ku ni dZA.NAn lu.p« bu.wAt pe.sA/ dAon bu.loh] | Baju kebaya aku ni jangan lupa buat pesak daun buluh. |
pesak gantong | [pe.sA/ gAn.toN] | | pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung di bahagian atas sedikit daripada pinggang, khususnya untuk baju kurung. | Badan aku ni gempal, baju kurong aku tu kau pasang pesak gantong aje. | [bA.dAn A.ku ni g«m.pAl bA.dZu ku.ÄoN A.ku tu kAw pA.sAN pe.sA/ gAn.toN A.dZ«] | Badan aku ni gempal, baju kurung aku tu kau pasang pesak gantunglah. |
sekerap tanah | [s«.k«.ÄAp tA.nAh] | | sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang. | Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual. | [kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl] | Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual. |
sekerap carang | [s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN] | | sekerap yang terdapat pada bekas torehan pada pokok getah. | Sekerap carang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap carang kalau tebal, senang dikopek. |
sekerap batang | [s«.k«.ÄAp bA.tAN] | | skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah. | Sekerap batang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap batang kalau tebal, senang dikopek. |
melangsang | [m«.lAN.sAN] | kata kerja | melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; menyelanak. | Melangsang aje keje engkau, kan dah dekat pekse. | [m«.lAN.sAN A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«] | Melansang sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa. |
menyelanak | [m«.ø«.lA.nA/] kata kerja | kata kerja | 1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang. | Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse. | [m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«] | Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa. |
jerok antu | [dZ«.Äo/ An.tu] | | buah durian yang gugur pada peringkat awal yang busuk sepenuhnya. | Andau aje aku kutep bawak balek, bile kopek jerok antu. | [An.dAw A.dZ« A.ku ku.tep bA.wA/ bA.le/ bi.l« ko.pe/ dZ«.Äo/ An.tu] | Sia-sia sahaja aku kutip bawa balik, apabila dikopek, buah durian itu busuk sepenuhnya. |