orang luan | [o.ÄAN lu.wAn] | | pekerja yang mengikut arahan tekong dalam perahu, sampan atau bot nelayan; awak perahu. | Ae dah penoh dalam sampan, suroh orang luan buangkan ae. | [Ae dAh p«.noh dA.lAm sAm.pAn su.Äoh o.ÄAN lu.wAn bu.wAN.kAn Ae] | Air dah penuh dalam sampan, suruh pekerja buangkan air. |
pencewan | [p«n.tSe.wAn] | kata nama | bilik air tanpa bumbung di luar rumah yang berdinding atap dan lantainya diperbuat daripada kayu atau batang nibung; mengkewan | Pegi mandi kat pencewan, bilek ae kat dalam dah penoh. | [p«.gi mAn.di kA p«n.tSe.wAn bi.le/ Ae kAt dA.lAm dAh p«.noh] | Pergi mandi kat pencewan, bilik air di dalam dah penuh. |
mengkewan | [m«N.k«.wAn] | kata nama | bilik air tanpa bumbung di luar rumah yang berdinding atap dan lantainya diperbuat daripada kayu atau batang nibung; pencewan. | Pegi mandi kat mengkewan, bilek ae kat dalam dah penoh. | [p«.gi mAn.di kAt m«N.k«.wAn bi.le/ Ae kAt dA.lAm dAh p«.noh] | Pergi mandi di mengkewan, bilik air di dalam sudah penuh. |