pegi panggel | [p«.gi pAN.gel] | | pergi ke majlis perkahwinan; makan kuah kuneng | Kau nak ikot mak pegi panggel tak? | [kAw nA/ i.kot mA/ p«.gi pAN.gel tA/] | Engkau hendak ikut emak pergi ke majlis perkahwinan tak? |
matikan ae | [mA.ti.kAn Ae] | | tidak pergi ke majlis kenduri atau sesuatu tempat. | Keje kawen rumah die, aku matikan ae aje. | [k«.dZ« kA.wen Äu.mAh di.j« A.ku mA.ti.kAn Ae A.dZ«] | Majlis perkahwinan di rumah dia, aku tidak pergi. |
makan kuah kuneng | [mA.kAn ku.wAh ku.neN] | | pergi ke majlis perkahwinan; pegi panggel. | Wah, esok makan kuah kuneng le kite! | [wAh e.so/ mA.kAn ku.wAh ku.neN l« ki.t«] | Wah, esok ke majlis perkahwinanlah kita! |
orang pangkal | [o.ÄAN pAN.kAl] | | keluarga terdekat yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis perkahwinan seperti mendirikan khemah, dan lain-lain. | Aku ni orang pangkal memang le sebok. | [A.ku ni o.ÄAN pAN.kAl m«.mAN l« se.bo/] | Aku ini keluarga terdekat, memanglah sibuk. |
selasau | [s«.lA.sAw] | kata nama | tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah. | Pasangle selasau nanti laok kena panas. | [pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs] | Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas. |
| | | 2. tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; selasau. | Eh, penanggah kau tak siap lagi ke, mana nak letak makanan. | [eh p«.nAN.gAh kAw tA/ si.jAp lA.gi k« mA.nA nA/ l«.tA/ mA.kA.nAn] | Eh, penanggah engkau tidak siap lagikah? Di mana hendak letak makanan. |
majeles gantong-gantong | [mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN] | | majlis membuat persiapan di dalam rumah (seperti memasang langsir dan lain-lain, serta majlis doa selamat) sebelum hari perkahwinan oleh keluarga terdekat pengantin. | Rumah aku petang ni majeles gantong-gantong datang le! | [Äu.mAh A.ku p«.tAN ni mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN dA.tAN l«] | Di rumah aku petang ini ada majlis gantung-gantung, datanglah! |
culek arang | [tSu.le/ A.ÄAN] | | amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai. | Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die. | [t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«] | Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |