Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn mem­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perin­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : ; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2. pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu siang sesudah tengah hari hingga matahari terbenam (antara pukul 2.00 hingga pukul 6.59 petang); sore. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
majeles gantong-gantong[mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN] majlis membuat persiapan di dalam rumah (seperti memasang langsir dan lain-lain, serta majlis doa selamat) sebelum hari perkahwinan oleh keluarga terdekat pengantin.Rumah aku petang ni majeles gantong-gantong datang le![Äu.mAh A.ku p«.tAN ni mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN dA.tAN l«]Di rumah aku petang ini ada majlis gantung-gantung, datanglah!
ayon[A.jon]kata tugastempoh masa yang agak panjang dalam satu hari.Dari tengah hari ayon ke petang die tu mule le saket.[dA.Äi t«.NAh hA.Äi A.jon k« p«.tAN di.j« tu mu.l« l« di.y« sA.ket]Dari tengah hari hingga ke petang itu dia mulalah sakit.
mandi behias[mAn.di b«.hi.jAs]kata kerjamandi dengan memakai pakaian putih menggunakan air yang telah dijampi sebelum bernikah, biasanya dilakukan pada waktu petang di pelantar rumah (berkenaan pengantin perempuan).Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni.[bi.l« mA/ An.dAm nA/ dA.tAN mAn.di b«.hi.jAs A.nA/ ki.t« dAh tuN.gu ni]Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni.
kene antu sembute[k«.n« An.tu s«m.bu.t«] berkenaan orang yang susah bangun daripada tidur pada sebelah petang hingga senja.Pegi kejot abang kau, kene antu sembute agaknye tak bangun-bangun.[p«.gi k«.dZot A.bAN kAw k«.n« An.tu s«m.bu.t« A.gA/.ø« tA/ bA.Non.bA.Non]Pergi kejutkan abang engkau, terkena hantu sembuta agaknya, tidak bangun-bangun.

Kembali ke atas