sipot daon | [si.pot dAon] | | simpulan pada hujung anyaman kelongsong buah cempedak yang diperbuat daripada daun kelapa. | Kau buat sipot daon tu kene cerot kuat-kuat, tak nanti teburai. | [kAw bu.wAt si.pot dAon tu k«.n« tS«.Äot ku.wAt.ku.wAt tA/ nAn.ti t«.bu.ÄAj] | Engkau cerut simpulan pada hujung daun kelapa itu kuat-kuat, jika tidak nanti terburai. |
rumpot tapak itek | [rum.pot tA.pA/ i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot sudu itek.. | | | |
lese | [l«.se] | kata kerja | membaling benda-benda yang tidak dikehendaki dengan tujuan untuk membuang. | Lese aje le pot susu kosong tu kat belakang rumah, buat semak aje. | [l«.se A.dZ« l« kAt b«.lA.kAN Äu.mAh bu.wAt s«.mA/ A.dZ«] | Baling sahajalah di belakang rumah, buat semak sahaja. |
tanah pase bulan | [tA.nAh pA.se bu.lAn] | | sejenis tanah bercampur pasir yang biasanya terdapat berhampiran dengan sawah. Tanah ini peroi dan berwarna kehitaman. | Kat tanah pase bulan macam ni, rumpot bukan maen gemok le die. | [kAt tA.nAh pA.se bu.lAn mA.tSAm ni Äum.pot bu.kAn mAen g«.mo/ l« di.j«] | Di tanah pasir bulan begini, rumput bukan main suburlah. |