kerongkong | [k«.ÄoN.koN] | kata nama | bahagian pada pukat yang berfungsi sebagai penahan supaya ikan tidak dapat keluar. | Ikat kerongkong terek-terek, nanti ikan telepas. | [i.kAt k«.ÄoN.koN t«.Äe/.t«.Äe/ nAn.ti i.kAn t«.l«.pAs] | Ikat kerongkong terik-terik, nanti ikan terlepas. |
kayu ciyau | [kA.ju tSi.jAw] | | pengayuh besar dan panjang yang dipasang pada hadapan bot untuk mengawal arahnya semasa merentangkan pukat di laut. | Kayu ciyau yang kau gune biau kuat. | [kA.ju tSi.jAw jAN kAw gu.n« bi,jAw ku.wAt] | Kayu ciyaw yang kau guna biar kuat. |
beciyau | [b«.tSi.jAw] | kata kerja | menggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot. | Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot. | [kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot] | Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot. |
sia | [si.jA] | kata nama | kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak. | [pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/] | Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |