[ron.ta] | رونتا
Definisi : ; meronta, meronta-ronta berusaha sekuat tenaga melepaskan diri drpd pegangan (ikatan dll) dgn bergerak-gerak dll, menggelepar-gelepar: ia semakin kuat ~ utk lepas; ikan itu ~ hingga tembus jalaku; pelajar perempuan yg diserang penyakit ganjil sedang meronta-ronta dan ditolong oleh rakan-rakannya; hati (fikiran) ~ selalu resah (gelisah); rontaan sesuatu gesaan (runtunan) perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ron.ta] | رونتا
Definisi : ; meronta, meronta-ronta bergerak-gerak dgn sekuat-kuat tenaga utk melepaskan diri drpd pegangan orang dll; menggelepar-gelepar: Pencuri itu ~ hendak melepaskan dirinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)