Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sekerap tanah[s«.k«.ÄAp tA.nAh] sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang.Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual.[kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl]Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual.
sekerap carang[s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN] sekerap yang terdapat pada bekas torehan pada pokok getah.Sekerap carang kalau tebal, senang kopek.[s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/]Skrap carang kalau tebal, senang dikopek.
sekerap batang[s«.k«.ÄAp bA.tAN] skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah.Sekerap batang kalau tebal, senang kopek.[s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/]Skrap batang kalau tebal, senang dikopek.
tojang[to.dZAN]kata kerjamengayuh basikal.Mase kecik-kecik dulu, ari-ari aku tojang basikal pegi sekolah.[mA.s« k«.tSi/.k«.tSi/ du.lu A.Äi.A.Äi A.ku to.dZAN bA.si.kAl p«.gi s«.ko.lAh]Hari-hari aku kayuh basikal pergi ke sekolah.
kene sepok lang[k«.n« s«.po/ lAN] berkenaan ayam yang berbunyi bising kerana gangguan sesuatu (misalnya burung helang).Ayam tu kena sepok lang agaknye.[A.jAm tu k«.n« s«.po/ lAN A.gA/.ø«]Ayam itu bising kerana gangguan burung helang agaknya.
selongket[s«.loN.ket]kata kerjamembongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan.Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi.[A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi]Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi.
menagan[m«.nA.gAn]kata kerjamemasang jaring di laut dan membiarkannya dalam jangka masa yang panjang.Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah menagan kat laot carik rezeki.: [pA.gi.pA.gi lA.gi pA/ k«.s«p dAh m«.nA.gAn kAt lAot tSA.Äi/ Ä«.z«.ki]Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah memasang jaring di laut mencari rezeki.
kene antu sembute[k«.n« An.tu s«m.bu.t«] berkenaan orang yang susah bangun daripada tidur pada sebelah petang hingga senja.Pegi kejot abang kau, kene antu sembute agaknye tak bangun-bangun.[p«.gi k«.dZot A.bAN kAw k«.n« An.tu s«m.bu.t« A.gA/.ø« tA/ bA.Non.bA.Non]Pergi kejutkan abang engkau, terkena hantu sembuta agaknya, tidak bangun-bangun.
kenak[k«.nA/]kata adjektifberkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati.Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite.[s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«]Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita.
sekeleng biawak[s«.ke.leN bi.jA.wA/] penyakit urat tersimpul, simpul biawak.Punye le saket, aku kene sekeleng biawak malam tadi.[pu.ø « l« sA.ket A.ku k«.n« s«.ke.leN bi.jA.wA/ mA.lAm tA.di]Punyalah sakit, akukena simpul biawak malam tadi.
123

Kembali ke atas