keladi cudang | [k«.lA.di tSu.dAN] | | sejenis pokok keladi yang bahagian tepi pelepahnya berwarna merah dan isinya berwarna putih. Keladi ini boleh direbus, dibuat sayur atau digoreng. Pelepahnya juga boleh dibuat sayur. | | | |
sarot | [sA.Äot] | kata kerja | melurut sayur berdaun atau daun seperti daun turi. | Kau sarot aje sayo tu, cepat siket. | [kAw sA.Äot A.dZe sA.jo tu tS«.pAt si.ket] | Kau lurutkan sahaja sayur itu, cepat sikit. |
paku mengawan | [pA.ku m«.NA.wAn] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek | | | |
rumput sudu itek | [Äum.put su.du i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot tapak itek.. | | | |
rumpot tapak itek | [rum.pot tA.pA/ i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot sudu itek.. | | | |
lacak | [lA.tSA/] | kata kerja | memijak sesuatu secara berulang-ulang kali oleh manusia atau haiwan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Abes sapan batas sayo aku kene lacak lembu. | [A.bes sA.pAn bA.tAs sA.jo A.ku k«.n« lA.tSA/ l«m.bu] | Habis rosak batas sayur aku dipijak-pijak lembu. |
dilakikan | [di.lA.ki.kAn] | kata adjektif | berkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan. | Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam. | [] | Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam. |