Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cabok tegap[tSA.bo/ t«.gAp] ikan parang yang bersaiz sederhana, Chirocentrus dorab.   
sireh Keling[si.Äeh k«.liN] sejenis daun sirih yang lembut bersaiz sederhana dan berwarna kekuningan.   
sireh Cine[si.Äeh tSi.n«] sejenis daun sirih yang lembut, bersaiz sederhana dan berwarna hijau muda.   
tempayan dare[t«m.pA.jAn dA.Ä«] sejenis tempayan bersaiz sederhana bermuncung kecil dan digunakan untuk mengisi beras.Beras yang baru beli tadi, gi isi dalam tempayan dare.[b«.ÄAs jAN bA.Äu b«.li tA.di gi i.si dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä«]Beras yang baru dibeli tadi, pergi isi di dalam tempayan dara.

Kembali ke atas