Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lembeng[lem.beN]kata adjektifberkenaan mata pisau atau parang yang sumbing.Baru sekali pakai dah lembeng pisau ni.[bA.Äu s«.kA.li pA.kAj dAh lem.beN pi.sAw ni]Baru sekali pakai, sudah sumbing mata pisau ini.
rumah ibu[Äu.mAh i.bu] bahagian rumah yang paling besar yang mempunyai 6 tiang, biasanya mempunyai sebuah bilik tidur.Bapak kau kalau buat rumah ibu, buat le bileknye sekali[bA.pAk kAw kA.lAw bu.wAt Äu.mAh i.bu bu.wAt l« bi.le/.ø« s«.kA.li]Bapak kau kalau buat rumah ibu, buatlah biliknya sekali.
oked utan[o.ked u.tAn] sejenis pokok orked yang hidup menumpang di atas pokok-pokok lain. Bunganya tidak banyak, sekuntum atau dua kuntum sahaja sekali berbunga, berwarna puteh dan berbau sangat harum; anggerik desa.   
anggerek desa[AN.g«.Äe/ dE.sA] sejenis pokok orked yang hidup menumpang di atas pokok-pokok lain. Bunganya tidak banyak, sekuntum atau dua kuntum sahaja sekali berbunga, berwarna putih dan berbau sangat harum; oked utan.   
ibu pete[i.bu p«.te] petir yang berbunyi sekali sahaja dan kuat, petir tunggal.Ape tak tekejotnye aku, tengah-tengah nyangkol kat kebon, tibe-tibe aje ade ibu pete.[A.p« tA/ t«k«.dZot.ø« A.ku t«.NA.t«.NAh øAN.kol kAt k«.bon ti.b«.ti.b« A.dZ« A.d« i.bu p«.te]Apa tidak terkejutnya aku, sedang mencangkul di kebun, tiba-tiba sahaja ada ibu petir.

Kembali ke atas