mengano | [m«.NA.no] | kata adjektif | kemaruk terhadap makanan misalnya ketika berbuka puasa atau selepas sembuh daripada sakit. | Lepas baek saket, mule le mengano. | [l«.pAs bAe/ sA.ket mu.l« l« m«.NA.no] | Selepas baik sakit, mulalah mengano. |
cendawan kawan | [tS«n.dA.wAn kA.wAn] | | sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut. | | | |
beposak-posak | [b«.po.sA/.po.sA/] | kata kerja | berhempas pulas untuk menyelesaikan sesuatu kerja seperti majlis kenduri dan lain-lain. | Lepas kenduri, beposak-posak le kite. | [l«.pAs k«n.du.Äi b«.po.sA/.po.sA/ l« ki.t«] | Selepas kenduri berhempas pulaslah kita. |
cendawan tekuko | [tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] | | cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda. | | | |
berinai curi | [b«.Äi.nAj tSu.Äi] | | pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran. | Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi. | [s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi] | Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi. |
rateb jalan | [ÄA.teb dZA.lAn] | | upacara berzikir sambil berjalan sekeliling kampung selepas menuai padi. | Padi dah abes tuai, minggu depan boleh le kite rateb jalan. | [pA.di dAh A.bes tu.wAj miN.gu d«.pAn bo.leh l« ki.t« ÄA.teb dZA.lAn] | Padi sudah dituai, minggu hadapan bolehlah kita adakan upacara ratib jalan. |
semangat rumah | [s«.mA.NAt Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
seri rumah | [s«.Äi Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
naek buai | [nAe/ bu.wAj] | | suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian. | Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian. | [kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn] | Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian. |