serunding kacang | [s«.Äun.diN kA.tSAN] | | sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis. | | | |
mencelah | [m«n.tS«.lAh] | kata adjektif | peringkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang masak sebiji dua tapi belum menyeluruh. | Duku aku ada yang dah mencelah, tak lame lagi melarat le tu. | [du.ku A.ku A.dA jAN dAh m«n.tS«.lAh tA/ lA.m« lA.gi m«.lA.ÄAt l« tu] | Duku aku ada yang sudah mencelah, tidak lama lagi masaklah semuanya. |
ibu rezeki | [i.bu Ä«.z«.ki] | | beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki. | Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki. | [b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki] | Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki. |