Definisi : (sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau ter-susun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~; menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat: majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; ~ puteri a) sj burung, Dicaeum cruentatum ignitum; b) sj burung, Dicaeum t. trigonostigmum; ~ puteri gunung sj burung, Dicaceum sanguinolentum dolichorhynchum; ~ puteri kecil sj burung, Dicaeum concolor borneanum; ~ raja sj burung, kelicap merah, Aethopyga siparaja siparaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; ~ bulan sj binatang kecil spt lipan (tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila tersentuh), gengulung, gonggok, men-tibang, ulat monggok, Trigoniulus lumbricinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /sépah/; bersepah 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. menyepahkan menyelerakkan atau menaburkan sesuatu ke merata-rata tempat: Siapa yg ~ kertas di bilik tamu ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : hampas drpd sesuatu (spt sirih, tebu) yg sudah dikunyah atau dihisap airnya: Habis manis ~ dibuang. menyepah mengambil air drpd sesuatu dgn mengunyah benda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : ; ~ bulan ulat spt lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila disentuh; ulat gonggok; mentibang, Trigoniulus lumbricinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)