melawan ari | [m«.lA.wAn A.Äi] | | peringkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang sudah mulai masak. | Pokok kepaye yang kau tanam kat belakang rumah dulu dah bebuah dah, tengah melawan ari. | [po.ko/ k«.pA.j« jAN kAw tA.nAm kAt b«.lA.kAN Äu.mAh du.lu dAh b«.bu.wAh dAh t«.NAh m«.lA.wAn A.Äi] | Pokok betik yang engkau tanam di belakang rumah dahulu sudah berbuah, sudah mulai masak. |
mencelah | [m«n.tS«.lAh] | kata adjektif | peringkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang masak sebiji dua tapi belum menyeluruh. | Duku aku ada yang dah mencelah, tak lame lagi melarat le tu. | [du.ku A.ku A.dA jAN dAh m«n.tS«.lAh tA/ lA.m« lA.gi m«.lA.ÄAt l« tu] | Duku aku ada yang sudah mencelah, tidak lama lagi masaklah semuanya. |
ibu rezeki | [i.bu Ä«.z«.ki] | | beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki. | Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki. | [b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki] | Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki. |
pecah mate | [p«.tSAh mA.t«] | | berkenaan mata anak haiwan seperti burung, kucing dan lain-lain yang baru boleh dibuka setelah beberapa hari dilahirkan. | Hah, dah pecah mate pon anak kuceng yang ni! | [hAh dAh p«.tSAh mA.t« pon A.nA/ ku.tSeN jAN ni] | Hah, sudah pecah pun mata anak kucing yang ini! |
seri rumah | [s«.Äi Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
semangat rumah | [s«.mA.NAt Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
belebu | [b«.l«.bu] | kata adjektif | berkenaan mata yang mempunyai pandangan yang tidak terang seolah-olah seperti melihat di dalam kabus. | Ingat sape datang tadi, nampak macam anak aku. Rupenya engkau, tu le, mate dah belebu. | [i.NAt sA.p« dA.tAN tA.di nAm.pA/ mA.tSAm A.nA/ A.ku Äu.p«.ø« «N.kAw tu l«. mA.t« dAh b«.l«.bu.] | Ingatkan siapa datang tadi, nampak macam anak aku. Rupanya engkau, itulah, mata sudah belebu. |