serunding kacang | [s«.Äun.diN kA.tSAN] | | sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis. | | | |
sepet udang | [s«.pet u.dAN] | | dua batang besi yang mengapit serta menyokong roda basikal atau motosikal. | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukaukan. | [s«.pet u.dAN bA.si.kAl A.bAh dAh pA.tAh kAw tu.kAw.kAn] | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukarkan. |
langgai bubu | [lAN.gAj bu.bu] | | bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut. | Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol. | [lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol] | Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul. |
culek arang | [tSu.le/ A.ÄAN] | | amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai. | Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die. | [t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«] | Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya. |
kendarat | [k«n.dA.ÄAt] | kata nama | kumpulan petugas wanita yang menghidang, mengatur dan menjaga makanan dan minuman serta memberikan bunga telur kepada jemputan. | Masa majeles nanti kendarat pakai le baju seragam. | [mA.sA mA.j«les nAn.ti k«n.dA.ÄAt pA.kAj l« bA.dZu s«.ÄA.gAm] | Masa majlis nanti kendarat pakailah baju seragam |
majeles gantong-gantong | [mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN] | | majlis membuat persiapan di dalam rumah (seperti memasang langsir dan lain-lain, serta majlis doa selamat) sebelum hari perkahwinan oleh keluarga terdekat pengantin. | Rumah aku petang ni majeles gantong-gantong datang le! | [Äu.mAh A.ku p«.tAN ni mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN dA.tAN l«] | Di rumah aku petang ini ada majlis gantung-gantung, datanglah! |