Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.mi] | سوامي

Definisi : orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.mi] | سوامي

Definisi : lelaki yg menjadi teman hidup kpd seseorang wanita secara sah. bersuami sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. bersuamikan berkahwin dgn (bkn wanita); menjadi isteri kpd: Anaknya yg sulung ~ seorang arkitek. mempersuami menjadikan sbg suami: Gadis itu tidak mahu ~ lelaki yg seusia dgnnya. mempersuamikan menjadikan bersuami; mengahwinkan (anak perempuan): Tidak lama lagi, beliau hendak ~ anak gadisnya yg bongsu pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Penggal betik penggallah puan,
     Penggal keduduk dalam kerami;
Tinggal encik tinggallah puan,
     Tinggal duduk dengan suami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terlindung oleh sanggul.

Bermaksud :

Suami yang selalu menurut kata isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
alakulihal[A.lA.ku.li.hAl]kata sifatberkenaan kehidupan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya.Anak aku ramai, due-due tak keje, kalau laki aku keje alakulihal juge.[A.nA/ A.ku ÄA.mAj du.w«.du.w« tA/ k«.dZ« kA.lAw lA.ki A.ku k«.dZ« A.lA.ku.li.hAl dZu.g«]Anak aku ramai, kedua-dua kami tidak bekerja, kalau suami aku kerja alakulihal juga.

Kembali ke atas