Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suatu

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Langkas buah papaya.

Bermaksud :

Suatu perkara yang mustahil. langkas = luruh kerana terlampau masak.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?
naek buai[nAe/ bu.wAj] suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian.Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian.[kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn]Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian.

Kembali ke atas