getah angos | [g«.tAh A.Nos] | | kepingan getah yang lembik akibat terlebih air atau asid sehingga menyukarkan kerja-kerja memproses getah. | Alamak, salah bancoh, abes jadi getah angos! | [A.lA.mA/ sA.lAh bAn.tSoh A.bes dZA.di g«.tAh A.Nos] | Alamak, salah bancuh, habis jadi getah angos. |
musem becukoh | [mu.sem b«.tSu.koh] | | musim daun getah gugur. | Mase ni getah musem becukoh, getah dalam mangkok, ade le secoet. | [mA.s« ni g«.tAh mu.sem b«.tSu.koh g«.tAh dA.lAm mAN.ko/ A.d« l« s«.tSoet] | Sekarang getah musin bercukoh, susu getah di dalam mangkok ada sedikit sahaja. |
tepek | [te.pe/] | kata kerja | meleperkan sesuatu dengan tapak tangan. | Getah kau dah beku, dah boleh tepek ni. | [g«.tAh kAw dAh b«.ku dAh bo.leh te.pe/ ni] | Getah engkau sudah beku, sudah boleh ditekan dengan tapak tangan. |
lendat | [l«n.dAt] | kata kerja | bersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah. | Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu. | [A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu] | Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu. |
buke carang | [bu.k« tSA.ÄAN] | | membuat torehan pertama pada pokok getah baru. | Pokok getah kau ni dah cukop umo, bile nak buke carang. | [po.ko/ g«.tAh kAw ni dAh tSu.kop u.mo bi.l« nA/ bu.k« tSA.ÄAN] | Pokok getah kau ni dah cukup umur, bila nak buka carang. |
honggoh | [hoN.goh] | kata kerja | menggoyang-goyangkan sesuatu. | Jangan le honggoh pokok bunge tu, patah nanti. | [dZA.NAn l« hoN.goh po.ko/ bu.N« tu pA.tAh nAn.ti] | Janganlah menggoyang-goyang pokok bunga itu, patah nanti. |
sepet udang | [s«.pet u.dAN] | | dua batang besi yang mengapit serta menyokong roda basikal atau motosikal. | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukaukan. | [s«.pet u.dAN bA.si.kAl A.bAh dAh pA.tAh kAw tu.kAw.kAn] | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukarkan. |
potong pajak | [po.toN pA.dZA/] | | menoreh bahagian-bahagian atas pokok getah tua mengikut sesuka hati; sondak. | Tak lame lagi pokok getah nak kene tebang, baek aku potong pajak aje. | [tA/ lA.m« lA.gi po.ko/ g«.tAh nA/ k«.n« t«.bAN bAe/ A.ku po.toN pA.dZA/ A.dZ«] | Tidak lama lagi pokok getah hendak ditebang, baik aku potong pajaklah. |
kayu letop | [kA.ju l«.top] | | alat penolak dalam permainan letup-letup yang diperbuat daripada bilah buluh yang kecil. | Nyampah betul, kayu letop aku ni asyik patah aje. | [øAm.pAh b«.tul kA.ju l«.top A.ku ni A.Si/ pA.tAh A.dZ«] | Menyampah betul, kayu letup aku ini selalu sahaja patah. |
perot kayu | [p«.Äot kA.ju] | | empulur. | Aku rase, gelegau ni perot kayu, tu yang cepat patah. | [A.ku ÄA.s« g«.l«.gAw ni p«.Äot kA.ju tu jAN tS«.pAt pA.tAh] | Aku agak, gelegar ini diperbuat daripada empulur, itu yang cepat patah. |