jubah laboh | [dZu.bAh lA.boh] | | pakaian pengantin lelaki berbentuk jubah songket yang dipakai semasa bersanding atau semasa nikah. | Kalau kau tak pakai jubah laboh, tak sah jadi penganten. | [kA.lAw kAw tA/ pA.kAj dZu.bAh lA.boh tA/ sAh dZA.di p«.NAn.ten] | Kalau engkau tidak pakai jubah labuh, tidak sah jadi pengantin. |
cakap begak-begak | [tSA.kAp b«.gA/.b«.gA/] | | berhujah secara berterus-terang dengan tidak mengambil kira situasi. | Aku tak kire, sedere tak sedare, aku cakap begak-begak. | [A.ku tA/ ki.Ä« s«.dA.Ä« tA/ s«.dA.Ä« A.ku tSA.kAp b«.gA/.b«.gA/] | Aku tidak kira, saudara atau tidak, aku cakap terus-terang. |
tak menyenet | [tA/ m«.ø«.net] | | berkenaan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tidak sempat hidup atau membesar kerana dimusnahkan oleh sesuatu. | Abes tak menyenet anak pokok aku dikejekan kambeng. | [A.bes tA/ m«.ø«.net A.nA/ po.ko/ A.ku di.k«.dZ«.kAn kAm.beN] | Habis tak sempat hidup anak pokok aku sebab dimakan kambing. |
cendakau | [tS«n.dA.kAw] | kata nama | alat pada tali kail yang boleh berpusing-pusing apabila ikan memakan umpan supaya kail tidak rosak. | Cendakau dah rosak ke, tak puseng-puseng pon! | [tS«n.dA.kAw dAh Äo.sA/ k« tAk pu.seN pu.seN pon] | Cendakau dah rosak agaknya, tak berpusing lagi. |
dah tak tawan daye | [dAh tA/ tA.wAn dA.j«] | | habis ikhtiar. | Banyak dokto dah jumpe, dah tak tawan daye, mak bawak jumpe bomo. | [bA.øA/ do/.to dAh dZum.p« dAh tA/ tA.wAn dA.j« mA/ bA.wA dZum.p« bo.mo] | Banyak doktor telah ditemui, habis ikhtiar, emak bawa jumpa bomoh. |
keket | [ke.ket] | kata adjektif | berkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus. | Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket. | [po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket] | Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur. |
temiko | [t«.mi.ko] | kata nama | bekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak. | Tak payah le buang temiko lagi, bedose. | [tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«] | Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa. |
kekau | [k«.kAw] | kata kerja | cakar. | Calau-balau ni tak laen kene kekau kuceng le ni. | [tSA.lAw.bA.lAw ni tA/ lAen k«.n« k«.kAw ku.tSeN l« ni] | Calar-balar ini tak lain kena cakar kucinglah ini. |
misai besering | [mi.sAj b«.s«.ÄiN] | | berkenaan misai yang hujungnya melentik ke atas. | Misai besering, mane bebudak tak takot. | [mi.sAj b«.s«.ÄiN mA.n« b«.bu.dA/ tA/ tA.kot] | Misai besering, mana budak-budak tak takut. |
melempen | [m«.l«m.pen] | kata adjektif | keadaan perut yang pipih akibat kurus atau telah lama tidak makan. | Lame saket ape tak melempen perot die. | [lA.m« sA.ket A.p« tA/ m«.l«m.pen p«.Äot di.j«] | Lama sakit apa tak melempen perutnya. |