misai besering | [mi.sAj b«.s«.ÄiN] | | berkenaan misai yang hujungnya melentik ke atas. | Misai besering, mane bebudak tak takot. | [mi.sAj b«.s«.ÄiN mA.n« b«.bu.dA/ tA/ tA.kot] | Misai besering, mana budak-budak tak takut. |
letop-letop | [l«.top.l«.top] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan. | Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek. | [nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/] | Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik. |
durian temilok | [du.Äi.jAn t«.mi.lo/] | | buah durian yang buruk, gugur pada awal musim, dan hanya seulas dua isinya yang boleh dimakan. | Ala, durian temilok, nak kasi takot arap ati. | [A.lA du.Äi.jAn t«.mi.lo/ nA/ kA.si tA.kot A.ÄAp A.ti] | Ala, durian yang buruk pada awal musim gugur. Hendak diberi takut kecewa. |
betare | [b«.tA.Ä«] | kata adjektif | berkenaan cuaca yang panas dengan tiupan angin yang kuat pada hujung dan awal tahun. Biasanya bulan Disember dan Januari. | Musem betare ni kau jangan maen bawah pokok, takot pokok tumbang nanti. | [mu.sem b«.tA.Ä« ni kAw dZA.NAn mAen bA.wAh po.ko/ tA.kot po.ko/ tum.bAN nAn.ti] | Musim betare ini engkau jangan main bawah pokok, takut pokok tumbang nanti |
anak pete | [A.nA/ p«.te] | | bunyi petir yang bertalu-talu tetapi kedengaran perlahan dan kadangkala sayup-sayup | Wah! Dah mule dengau anak pete, baek le kite balek. Takot ujan nanti. | [wAh dAh mu.l« d«.NAw A.nA/ p«.te bAe/ l« ki.t« bA.le/ tA.kot u.dZAn nAn.ti] | Wah! Sudah mula kedengaran anak petir, baiklah kita balik. Takut hujan nanti. |
melalang | [m«.lA.lAN] | kata adjektif | berkenaan mata yang terbeliak dan melilau-lilau yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Biasanya menimbulkan perasaan takut pada orang yang memandang. | Kene rasok agaknye, mate die melalang tengok orang kelileng. | [k«.n« ÄA.so/ A.gA/.ø« mA.t« di.j« m«.lA.lAN t«.No/ o.ÄAN k«.li.leN] | Mata dia terbeliak dan melilau-lilau tengok orang di sekeliling. |