tali kaki | [tA.li kA.ki] | | dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali ares. | Kau pasang tali kaki kene kuat-kuat, kalau tak, putos. | [kAw pA.sAN tA.li kA.ki k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos] | Kau pasang tali kaki kena kuat-kuat, kalau tak, putus. |
tali ares | [tA.li A.Äes] | | dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali kaki. | Kau pasang tali ares kene kuat-kuat, kalau tak, putos. | [kAw pA.sAN tA.li A.Äes k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos] | Kau pasang tali ares kena kuat-kuat, kalau tak, putus. |
tali senam | [tA.li s«.nAm] | kata nama | tali untuk membantu orang yang baru lepas bersalin bangun. | Kau tu baru beranak, nak bangon baek-baek, pakai tali senam. | [kAw tu bA.Äu b«.ÄA.nA/ nA/ bA.Non bAe/.bAe/ pA.kAj tA.li s«.nAm] | Kau tu baru beranak, nak bangun baik-baik, pakai tali senam. |
tali angen | [tA.li A.Nen] | | benang halus yang diikat dalam rangka layang-layang untuk menegangkan kertas layang-layang. | Kau tak pasang tali angin, macam mana layang-layang kau nak senang naek. | [kAw tA/ pA.sAN tA.li A.Nen mA.tSAm mA.nA lA.jAN.lA.jAN kAw nA/ s«.nAN nAe/] | Engkau tidak pasang tali angin, macam mana layang-layang engkau hendak senang dinaikkan ke udara. |
cengkam kere | [tS«N.kAm k«.Ä«] | | ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul. | Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat. | [i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt] | Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat. |
tali mangon | [tA.li mA.Non] | | pelangi. | Kalau ade ujan panas, ade le tali mangon. | [kA.lAw A.d« u.dZAn pA.nAs A.d« l« tA.li mA.Non] | Kalau ada hujan panas, adalah pelangi. |
pemangkal | [p«.mAN.kAl] | kata nama | tali penyambung kili-kili dengan tali mata kail. | Pasang dulu pemangkal baru boleh gi manceng. | [pA.sAN du.lu p«.mAN.kAl bA.Äu bo.leh gi mAn.tSeN] | Pasang dulu pemangkal baru boleh pergi memancing. |
kue kereng | [kueh k«.ÄeN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung pulut dan telur putih, berbentuk seperti tali bersimpul atau bulat, digoreng dan disira. | | | |
takak | [tA.kA/] | kata nama | bahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung. | Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak. | [kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/] | Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak. |
anggola | [AN.go.lA] | kata nama | tali atau jaring lama yang dipintal menyerupai tali dan dipasang pada kayu tol dengan sebahagiannya membentuk gelung, tempat gerakan dayung dikawal. | Dayong dah ade, kayu tol pon dah ade, mane anggolanye. | [dA.joN dAh A.d« kA.ju tol pon dAh A.d« mA.n« AN.go.lA.ø«] | Dayong dah ada, kayu tol pon dah ada, mana anggolanya |