Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bun] | تمبون

Definisi : gemuk (orang, binatang), berisi: tubuhnya semakin hari semakin ~; menambunkan menjadikan tambun (badan), menggemukkan; tembun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bun] | تمبون

Definisi : Mn timbun (tanah dll), longgok, tompok; bertambun, bertambun-tambun 1. ber­timbun-timbun, berlonggok-longgok: se­benar­nya juga dinar emas bertambun-tam­bun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; menambun menimbun, melonggok, me­nom­pok: tanah bendang Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung; tambunan timbunan, longgokan, tom­pok­an; ~ budi lubuk akal orang yg bijak (cerdik pandai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bun] | تمبون

Definisi : ~ cucut sj tumbuhan (pokok), beras buah punai mengantuk, gading betina, Aporosa aurea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bun] | تمبون

Definisi : besar kerana banyak dagingnya; gemuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambun (adjektif)
Bersinonim dengan tembam, gempal, gemuk, montok, montel, berdaging, berisi, padat;,
Kata Terbitan : menambunkan,

Puisi
 

Besarlah kapal di pulau itu,
     Keluar asap bertambun-tambun;
Kembanglah bunga di taman datu,
     Bertangkai kaca berdaun embun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tidak tentu kepala ekor.

Bermaksud :

Terlalu tambun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.
tutup tebing[tu.top t«.biN][tu.top t«.biN]menampal lubang laluan air pada dinding tambun dengan lumpur sawah atau rumpun padi bagi menimba ikan.Kau kene le tolong bapak tutop tebing dulu, baru boleh nimbe ikan.[kAw k«.n« l« to.loN bA.pA/ tu.top t«.biN du.lu bA.Äu bo.leh nim.b« i.kAn]Engkau kenalah tolong bapak tutup lubang laluan air dahulu, barulah boleh menimba ikan.

Kembali ke atas