Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 negeri (negara) tempat seseorang dilahirkan. 2 negeri (negara) yg di bawah sesuatu pemerintahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Air setitik dilautkan,
     tanah seketul digunungkan.

Bermaksud :

Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).

 

Lihat selanjutnya...(8)

261

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
padi Bugis[pA.di bu.gis] sejenis padi yang boleh tumbuh di tanah yang mempunyai sedikit air atau di tanah yang lembab. Padi ini besar dan bulat berbanding padi lain.   
cendawan kawan[tS«n.dA.wAn kA.wAn] sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut.   

Kembali ke atas