dilakikan | [di.lA.ki.kAn] | kata adjektif | berkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan. | Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam. | [] | Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam. |
selongket | [s«.loN.ket] | kata kerja | membongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan. | Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi. | [A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi] | Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi. |
penglong | [p«N.loN] | kata nama | alat penyiram tanam-tanaman yang dibuat daripada tin atau plastik. | Tesumbat pulak penglong aku ni, patut le ae tak keluau. | [t«.sum.bAt pu.lA/ p«N.loN A.ku ni pA.tut l« Ae tA/ k«.lu.wAw] | Tersumbat pula alat penyiram air aku ini, patutlah air tidak keluar. |
menyiak | [m«.øi.jA/] | kata nama | suatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi. | Musem ni, kau dah menyiak? | [mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/] | Musim ini, engkau sudah menyiak? |