Definisi : menawan 1. menangkap atau me-nahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, menarik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin meneruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah men-jadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; ~ karang sl barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai; penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan; penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)