Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telunjuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan jari kedua

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan perintah, seruhan, arahan, kemahuan, kehendak.,


Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telunjuk mencocok (= merosok,
     menikam) mata.

Bermaksud :

Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kayu anak[kA.ju A.nA/] kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi.Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket.[eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket]Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit.
letop-letop[l«.top.l«.top]kata namasejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan.Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek.[nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/]Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik.

Kembali ke atas