Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pias] | تمڤياس

Definisi : 1. percikan air (dr air hujan, ombak yg memukul perahu, dll) yg berterbangan: tingkap itu berdentum dipukul angin dan ~ hujan masuk ke dalam; 2. ark pasir dll yg bertaburan (berhamburan); bertempias berpercikan masuk (titik-titik air hujan dll); bertempiasan berpercikan masuk: hujan mulai turun dgn titik-titik air ~ ke dlm bilik itu; menempiasi terkena pd: hujan lebat tidak ~ mereka; menempiaskan memercikkan: angin kuat ~ hujan ke koridor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pias] | تمڤياس

Definisi : titik-titik air hujan (ombak yg memukul perahu dsb) yg memercik. bertempias berpercikan masuk (ttg titik-titik air hujan dll). menempiasi membuat atau menyebabkan kena tempias: Anak-anak lembu mestilah dijaga supaya tidak ditempiasi hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempias


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
papan gendeng[pA.pAn gen.deN] papan, biasanya berukir, yang dipasang pada bawah cucur atap untuk mengelakkan tempias air atau sebagai hiasan.Pasang le papan gendeng yang ade uke, baru nampak cantek.[pA.sAN l« pA.pAn gen.deN jAN A.d« u.ke bA.Äu nAm.pA/ tSAn.te/]Pasanglah papan gendeng yang ada ukir, baru nampak cantik.

Kembali ke atas